SEJARAH PERKEMBANGAN MODEL ATOM
Model Atom Dalton
Model Atom Thomson
- Democritus, seorang bangsa Yunani yang mula-mula perkenalkan teori atom.
- Beliau menamakan zarah paling kecil sebagai ‘atomos’ yang bermaksud tidak boleh dipecah lagi
Model Atom Dalton
- Beliau mengemukakan model atom yang mempunyai ciri-ciri seperti: Semua unsur dihasilkan daripada zarah atom yang tak boleh dibahagikan lagi, Unsur yang sama, ada atom yang sama, Atom yang mempunyai unsur berbeza boleh bercampur secara fizikalatau kimia, Tindak balas kimia berlaku bila atom menyatu, memisah atau disusun semula.
Model Atom Thomson
- Menyatakan bahawa atom berbentuk sfera
- Sfera ini ada cas positif atau proton dan cas negatif yang disebut elektron
- Elektron da proton terdapat secara bertaburan dalam sfera
- Atom unsur yang berlainan ada bil elektron dan bil proton yang berlainan
- Beliau berkata jisim elektron ialah 2000 kali ganda lebih ringan daripada atomhidrogen.
- R. Milikan kata jisim elektron ialah 1/1840 jisim proton.
- Model Atom Rutherford
- Mengusulkan model atom seperti : Semua atom terdiri daripada satu nukleus yang dipadatkan dengan zarah yang dipanggil proton, Elektron pada atom bergerak mengelilingi nukleus, Nukleus bercas positif manakala elektron bercas negatif, Daya emparan elektron akan diseimbangkan oleh daya tarikan elektrostatik.
- Dalam kajian yang dibuat iaitu eksperimen membedil kerajang emas, beliau dapati: Atom ada satu nukleus yang sangat kecil di tengah, Nukleus ini ada hampir semua jisim atom, kebanyakan ruang di dalam atom ialah ruang kosong, Atom mempunyai pusat yang bercas positif yang akan memantulkan zarah alfa yang bercas positif.
- Model ini mempunyai kelemahan : Jisim atom yang dihitung dari model itu kurang daripada jisim atom sebenar.
- Model Atom Neils Bohr
- Berpendapat bahawa elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit tertenu.
- Setiap orbit ada jejari yang tetap
Model Atom Chadwick- Menjumpai satu zarah kecil yang lain dalam nukleus selain proton
- Mendapati bahawa zarah ini hampir sama dengan proton, tapi zarah ini tidakbercas iaitu neutral dan namakannya neutron
- Mengatakan bahawa semua nukleus ada neutron dan proton kecuali nukleus hidrogen yang ada proton sahaja.
- Atom mempunyai 3 subatom iaitu neutron, proton dan elektron
- Berikut merupakan video yang menerangkan lebih lanjut mengenai Proton, Elektron dan Neutron.